awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Penasihat panggil KWSP, Khazanah hari ini

Luqman Hariz
Luqman Hariz
22/05/2018
04:34 MYT
Majlis Penasihat panggil KWSP, Khazanah hari ini
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas lanjut berkenaan pertemuan hari ini apabila ditanya pihak media. - Foto Astro AWANI
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjadi antara institusi kewangan negara yang ditemui Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dilihat tiba di Menara Ilham masing-masing pada jam 10pagi dan 10.30 pagi tadi.
Majlis yang dipengerusikan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Daim Zainuddin itu turut dijadual bertemu wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy turut dilihat tiba sekitar jam 11.53 pagi.
Ia juga mesyuarat pertama yang dihadiri ahli perniagaan Tan Sri Robert Kuok yang tiba di Malaysia dari Hong Kong semalam.
Majlis Penasihat Kerajaan sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan beberapa institusi utama negara termasuk Felda, Felcra dan Petronas.
Turut ditemui adalah beberapa syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan seperti Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia.
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#Bank Negara Malaysia
#Daim Zainuddin
#EPF
#FELCRA
#Felda
#Kementerian Kewangan
#Khazanah
#KPDNKK
#KWSP
#Petronas
#Robert Kuok
#Subromaniam Tholasy
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan