awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia miliki ramai pakar tempatan bantu tadbir urus ekonomi negara - Mustapa

Bernama
Bernama
02/10/2022
05:23 MYT
Malaysia miliki ramai pakar tempatan bantu tadbir urus ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata, pihak kerajaan turut mendapat khidmat pakar tempatan seperti tokoh korporat dan pihak berkaitan serta wakil antarabangsa. - Bernama
GUA MUSANG: Malaysia mempunyai ramai pakar ekonomi tempatan sebagai mekanisme sokongan dalam mengurus tadbir perjalanan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pihak kerajaan turut mendapat khidmat pakar tempatan seperti tokoh korporat dan pihak berkaitan serta wakil antarabangsa seperti Bank Dunia, United Nations Development Business (UNDB) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha memberi buah fikiran membantu memantapkan ekonomi negara dan memastikan perancangan ekonomi berada di landasan yang terbaik.
"Negara kita ada agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Pejabat PBB, kita sentiasa berjumpa dengan mereka untuk meminta pandangan termasuklah dengan agensi kerajaan, syarikat swasta dan universiti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lah, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar ekonomi dari luar bagi mengekang kejatuhan ringgit yang berlaku sekiranya kerajaan sendiri tidak mampu berbuat demikian.
Menurut beliau barisan pakar ekonomi di dalam negara telahpun mencukupi, namun kerajaan tetap berusaha memantapkan lagi perancangan memandangkan tekanan ekonomi turut dirasai di peringkat global.
Mustapa berkata sehingga hari ini kerajaan sedang menaiki graf pertumbuhan ekonomi yang sihat meskipun dalam keadaan ekonomi yang sedang mencabar.
"Ada tanda-tanda bahawa ekonomi tahun ini tidak ada masalah daripada segi pertumbuhan. Dulu kadar pengangguran 5.3 peratus dan sekarang ini 3.7 peratus, jadi umumnya ekonomi kita semakin pulih tahun depan,
"Kita sedia maklum keadaan akan jadi mencabar, insya-Allah kita akan terus berinteraksi dan melakukan libat urus dengan semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakar Ekonomi
#Mustapa Mohamed
#Bank Dunia
#UNDB
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan