awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia nafi tuduhan AS, kaji semula aktiviti dagangan dua hala - Mustapa

Bernama
Bernama
05/04/2017
06:19 MYT
Malaysia nafi tuduhan AS, kaji semula aktiviti dagangan dua hala - Mustapa
Pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS. - Gambar fail
Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai 'penipu' perdagangan dan telah bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.
Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia sememangnya menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.
Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Bagaimanapun, berikutan tuduhan itu, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS.
"Angka (dagangan) kita menunjukkan kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar US$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.
"Dari segi dasar (perdagangan) pula, kita yakin bahawa dasar-dasar kita telah mengikuti amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuk yang telah ditetapkan oleh pihak WTO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincangan Panel 'Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit' Malaysia-Britain di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#perdagangan
#WTO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan