awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB

Bernama
Bernama
22/01/2025
13:00 MYT
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
AHMAD PARVEEZ: Dengan perkongsian ini, kita mempunyai kelebihan untuk memberitahu mereka tentang kebaikan minyak sawit, yang kita harap dapat mengukuhkan eksport minyak sawit ke negara tersebut dan juga mengeratkan hubungan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menggunakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata peluasan hubungan perdagangan ASEAN dengan negara lain seperti China, India, Korea Selatan dan Jepun akan mengukuhkan lagi selain membantu mengeksport serta mendorong komoditi itu memasuki negara-negara berkenaan.
"Dengan perkongsian ini, kita mempunyai kelebihan untuk memberitahu mereka tentang kebaikan minyak sawit, yang kita harap dapat mengukuhkan eksport minyak sawit ke negara tersebut dan juga mengeratkan hubungan," katanya.
"Sudah tentu, kita mungkin akan membeli beberapa produk daripada mereka," katanya sebagai tetamu semasa program The Nation terbitan Bernama TV mengenai "Peranan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Dalam Diplomasi Kelapa Sawit" di sini hari ini.
Ahmad Parveez berkata ia juga penting, dengan ASEAN sebagai pengeluar minyak sawit terbesar, untuk bekerjasama serta memenuhi semua keperluan global termasuk permintaan yang dicipta oleh pasaran minyak sawit global.
Dalam tumpuan Malaysia dan Indonesia ke arah pasaran yang hampir serupa, adalah kritikal bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini untuk memacu agenda kemampanan melalui Piawaian Minyak Sawit Lestari Malaysia MS2530:2022 (MSPO 2.0).
"Mulai 1 Jan 2025, kita akan mempunyai MSPO 2.0, yang lebih ketat dan memenuhi semua keperluan antarabangsa.
"Jadi di sinilah kita sebagai sebuah negara boleh menggambarkan diri kita dan menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada hanya mengeluarkan komoditi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjanjian perdagangan bebas
#Malaysia
#FTA
#minyak sawit
#MPOB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan