awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/02/2023
06:34 MYT
Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Menurut Nor Shamsiah (kanan), antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos berkata Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi tahun ini disebabkan oleh beberapa faktor positif.
Jelas beliau, antara faktor tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.
"Pertama, ekonomi global masih tumbuh. Kita tidak menyaksikan kemelesetan global. Malah, jika lihat kepada unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), mereka meningkatkan unjuran pertumbuhan.
"(Unjuran tersebut) bukan hanya untuk tahun lalu, malah tahun ini.
"Apa yang lebih penting, kita akan menyaksikan pemulihan dalam pasaran buruh dan berterusan berkembang dan pendapatan akan terus meningkat," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata angka dalam pelaburan swasta mahupun awam turut berada pada tahap yang memberangsangkan.
"Kita mempunyai pelaburan langsung asing (FDI) yang tinggi, jadi kehendak pelaburan adalah tinggi.
"Jadi pelaksanaan kepada pelaburan ini akan terus menyokong pertumbuhan.
"Pelancongan juga akan bertambah baik. Anda akan lihat pemulihan berbentuk-V dalam pelancongan.
"Itu juga menyokong pertumbuhan. Semua faktor ini sudah cukup baik untuk mengenepikan eksport perlahan yang wujud disebabkan pertumbuhan global yang perlahan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media pengumuman Prestasi Ekonomi Malaysia bagi suku keempat di Sasana Kijang di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#kemelesetan ekonomi
#kegawatan
#KDNK Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan