awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marrybrown sasar buka 40 cawangan di Kelantan menjelang 2027

Bernama
Bernama
15/03/2024
01:10 MYT
Marrybrown sasar buka 40 cawangan di Kelantan menjelang 2027
Danial Chan (kanan) hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada rumah kebajikan anak yatim di Kota Bharu semalam. Turut hadir, pemilik cawangan Marrybrown Kota Bharu Nur Aziemah Mohammad Azeem (dua, kiri). --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Pengendali rangkaian restoran makanan segera halal Malaysia, Marrybrown Sdn Bhd bakal membuka kira-kira 40 buah cawangan baharunya di Kelantan menjelang tahun 2027.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Daniel Chan berkata langkah itu dilakukan berikutan sambutan memberangsangkan daripada penduduk negeri ini sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
"Setakat ini terdapat 10 cawangan Marrybrown di Kelantan melibatkan kira-kira 200 pekerja dan kita lihat sambutan terhadap produk kami terutama golongan muda semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Berdasarkan faktor tersebut, kita merancang untuk menambah 30 hingga 40 cawangan baharu lagi di kawasan bandar dan luar bandar negeri ini kerana permintaan yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan menu baharu Marrybrown 'Menu Riang Ramadan Raya' di cawangannya dekat Jalan Long Yunus, di sini semalam.
Menu baharu itu adalah Nasi Ayam Penyet Marrybrown dan Kombo Burger Ayam Penyet disediakan secara eksklusif sepanjang bulan Ramadan dan Syawal bermula semalam sehingga 28 April 2024.
Beliau berkata cawangan Marrybrown juga akan ditambah di Terengganu dan Pahang dalam masa terdekat berikutan prestasi jualan yang semakin meningkat.
"Setakat ini, Marrybrown memiliki kira-kira 500 cawangan, sebanyak 250 cawangan di Malaysia dan selebihnya di luar negara termasuk Myanmar, Timur Tengah dan Maldives," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#restoran makanan segera
#Marrybrown
#Kelantan
#cawangan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan