awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah kewangan Sapura Energy hanya beri kesan minimum kepada PNB

Dagang News
Dagang News
11/03/2022
01:20 MYT
Masalah kewangan Sapura Energy hanya beri kesan minimum kepada PNB
Pendedahan PNB dalam syarikat minyak dan gas itu adalah kurang 1% daripada aset di bawah pengurusannya (AUM). - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menegaskan kepada semua pemegang unit bahawa situasi di Sapura Energy Bhd. hanya memberi kesan minimum ke atas portfolionya.
Jelas dana pelaburan itu, pada harga pasaran semasa, pendedahan PNB dalam syarikat minyak dan gas itu adalah kurang 1% daripada aset di bawah pengurusannya (AUM).
PNB juga difahamkan syarikat tersebut telah mengalami kesusahan kewangan akibat ketidaktentuan dalam industri minyak dan gas serta kesan daripada pandemik COVID-19.
"Keadaan ini telah menjejaskan prestasi kewangan syarikat tersebut, yang menyebabkan kecairan ketat yang berpanjangan dan pelbagai tindakan undang-undang oleh vendor dan pembekal kerana tunggakan pembayaran hutang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam hal ini, PNB sedia maklum bahawa Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur, telah meluluskan permohonan Sapura Energy dan 22 anak syarikat milik penuhnya, untuk mendapatkan Perintah di bawah Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat 2016.
Perintah ini merupakan kebenaran untuk berunding dengan pemiutang mengenai cadangan skim pengaturan dan Perintah Penyekatan untuk menangguhkan sebarang prosiding undang-undang terhadapnya.
"PNB telah dimaklumkan bahawa perintah mahkamah tersebut akan membolehkan Sapura Energy menyusun semula struktur modal dan meletakkannya pada kedudukan yang mampan," jelasnya.
PNB berkata, pihaknya sentiasa berpegang teguh kepada komitmen untuk melindungi dan bertindak demi kepentingan terbaik para pemegang unit. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Sapura Energy
#PNB
#syarikat minyak dan gas
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan