awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis lancar 2 telefon pintar LTE 4g

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2013
11:22 MYT
Maxis lancar 2 telefon pintar LTE 4g
Maxis Berhad , penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, melancarkan dua telefon pintar evolusi jangka panjang , LTE 4g , iaitu Nokia Lumia 920 dan HTC One XL.
Nokia Lumia 920 dan HTC One XL bakal menjadi dua telefon pintar pertama yang diaktifkan dalam rangkaian LTE 4g Maxis.
Telefon berkenaan boleh didapati di pusat Maxis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Taman Tun Dr Ismail.
Pelanggan boleh membeli Nokia Lumia 920 pada harga dari hanya RM1099 dengan pelan ‘surfmore 75’ atau ‘talkmore78’ berserta internet mudah alih 3 giga byte.
HTC One XL pula pada harga dari RM1199 dengan pelan ‘surfmore 75’ atau ‘talkmore78’ berserta internet mudah alih 3 giga byte.
Menurut Ketua Pegawai Operasi bersama Maxis, Suren J. Amarasekera, penyedia telekomunikasi itu teruja untuk melancarkan lebih banyak telefon pintar dan tablet tahun ini dalam rangkaian LTE 4g maxis.
Maxis melancarkan perkhidmatan LTE 4g pada 1 Januari 2013, menjadikannya syarikat telekomunikasi Malaysia pertama melancarkan perkhidmatan itu di negara ini.
Topic Berkaitan
#HTC One
#Maxis
#Nokia Lumia
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan