awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah

Bernama
Bernama
31/03/2016
13:28 MYT
Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah
Perkembangan itu adalah susulan kepada perluasan rangkaian 4G itu ke Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Labuan sejak 12 bulan lepas. - Gambar fail
Maxis Communications Bhd kini dalam proses memperluaskan liputan perkhidmatan 4G LTE (Evolusi Jangka Panjang) ke 11 lagi bandar-bandar di Sabah.
Lokasi terbabit adalah Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau, Semporna, Kudat, Putatan, Sipitang, Beaufort and Kota Belud.
Ia susulan kepada perluasan rangkaian 4G itu ke Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Labuan sejak 12 bulan lepas.
Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard berkata bagi tempoh 2014 sehingga 2015, penggunaan internet mudah alih oleh mereka di Sabah and Sarawak yang mempunyai akses 4G adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding rakan mereka di Semenanjung.
Malah, penggunaan data 4G di kedua-dua negeri itu juga lebih tinggi iaitu purata melebihi 3GB setiap bulan.
"Di Sabah, kami sentiasa mempertingkatkan infrastruktur bagi menyokong perkhidmatan 4G itu.
"Ini menerusi usaha memperluaskan rangkaian kami serta menembusi kawasan pedalaman pada skala yang lebih besar. Sebahagian besar pelaburan kami bertujuan membolehkan perkhidmatan 4G itu disediakan di lebih banyak kawasan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan berkata lebih 70 peratus telefon pintar dijual Maxis adalah yang dilengkapi 4G dengan kadar penembusan mudah alih 4G di Sabah berkembang antara 15 dan 20 peratus sejak enam bulan lepas.
"Kami menjangkakan dapat memperolehi pelanggan baharu bagi perkhidmatan data dan pasca bayar menerusi perluasan liputan 4G ini," katanya.
Topic Berkaitan
#liputan 4G
#LTE
#Maxis
#Morten Bangsgaard
#penggunaan data 4G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan