awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan

Bernama
Bernama
19/09/2016
06:02 MYT
Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan
Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di wilayah Hainan, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) - Gambar Fail
Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di wilayah Hainan, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, dijangka pada suku pertama tahun depan.
Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka Datuk Lim Ban Hong berkata usaha berkenaan sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan di Hainan dan menunjukkan reaksi positif.
"Ini merupakan perancangan kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri sekiranya penerbangan secara terus berkenaan dapat direalisasikan dalam tempoh enam bulan lagi.
"Ia juga sejajar dengan matlamat yang ditetapkan kerajaan persekutuan untuk menarik lapan juta pelancong China dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah hotel dan pangsapuri servis Hyatt Place di Pulau Melaka di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, katanya penerbangan secara terus itu akan turut menyediakan pakej penginapan dan lawatan ke destinasi menarik di negeri ini dengan kerjasama syarikat pelancongan di Melaka dan Hainan.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan