awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026

Bernama
Bernama
13/01/2026
21:00 MYT
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
Sikh Shamsul Ibrahim menyampaikan ucap tama pada Majlis Apresiasi Media dam Sesi Networking di Kuala Lumpur, 13 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima pelbagai pelaburan berpotensi dalam pelbagai sektor tahun ini, dan bukan sahaja tertumpu kepada pusat data.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, walaupun projek pusat data kebiasaannya melibatkan nilai pelaburan yang besar, perbincangan juga sedang dijalankan dengan sektor lain.
"Beberapa perbincangan masih berterusan, dan ia mungkin berlaku tahun ini dari segi kelulusan atau mungkin tahun depan," katanya kepada media pada sesi penghargaan dan perangkaian media MIDA, di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi MIDA Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sesi itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata MIDA akan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan kesan limpahan daripada pelaksanaan pelaburan yang telah direalisasikan terutama dari segi penciptaan kerja dan pertumbuhan pendapatan.
"Tiada manfaat melaksanakan sesuatu jika hasilnya tidak seperti yang dirancang. Malah, bagi pelaburan yang telah direalisasikan, adakah kita mewujudkan kesan limpahan yang sewajarnya? Adakah kita melahirkan pekerjaan yang sesuai untuk rakyat sehingga dapat meningkatkan paras pendapatan?
"Adakah kita mewujudkan pekerjaan supaya rakyat tidak lagi berada dalam keadaan guna tenaga tidak penuh? Tiada manfaat untuk mewujudkan pekerjaan yang tidak meningkatkan produktiviti negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat data
#pelaburan
#Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid
#MIDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan