awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan

Bernama
Bernama
30/05/2023
20:15 MYT
MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
Liew Chin Tong menyarankan agar semua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran berusaha ke arah membina integrasi vertikal rantaian bekalan bagi mencapai pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyarankan agar semua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF) untuk berusaha ke arah membina integrasi vertikal rantaian bekalan bagi mencapai pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.
Saranan itu dibuat oleh Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong semasa Mesyuarat Menteri IPEF pada 27 Mei 2023 di Detroit, Amerika Syarikat.
Menurut MITI, perjanjian rantaian bekalan yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kolektif tentang risiko rantaian bekalan dan bagaimana menguruskannya bagi menambahbaik daya tahan, kecekapan, produktiviti, kemampanan, ketelusan dan keterangkuman rantaian bekalan.
"Ini melibatkan antara lain, pengenalpastian sektor kritikal dan barangan utama oleh setiap negara rakan serta penubuhan badan rantaian bekalan yang berkaitan di peringkat serantau IPEF untuk memudahkan kerjasama dalam kalangan rakan kongsi," kata MITI dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ia menambah 14 rakan IPEF mewakili 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dan 28 peratus daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan global.
MITI berkata para menteri turut mengemaskini kemajuan rundingan dalam tiga tonggak IPEF lain iaitu perdagangan, ekonomi bersih dan ekonomi saksama, memfokuskan pada langkah-langkah untuk mencapai hasil dan faedah ketara yang kukuh untuk semua rakan.
Selain daripada Mesyuarat Peringkat Menteri IPEF, Liew turut mengetuai delegasi ke Mesyuarat Menteri Bertanggungjawab untuk Perdagangan (MRT) APEC ke-29 (25-26 Mei) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 26 Mei.
Semasa Mesyuarat Peringkat Menteri CPTPP yang dihoskan oleh Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand Damien O'Connor, Liew mengulangi sokongan berterusan Malaysia untuk mengekalkan dan menegakkan standard tinggi Perjanjian CPTPP.
Timbalan Menteri itu turut menekankan kepentingan perkongsian maklumat dalam kalangan pihak CPTPP mengenai penggunaan dan manfaat yang ditawarkan di bawah perjanjian berkenaan khususnya integrasi perusahaan kecil dan sederhana ke dalam rantaian bekalan CPTPP untuk memacu pertumbuhan ekonomi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#KDNK
#MRT
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan