awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Bakke dilantik Pengerusi Felda baharu berkuat kuasa 1 Julai

Najib Aroff
Najib Aroff
26/06/2019
10:36 MYT
Mohd Bakke dilantik Pengerusi Felda baharu berkuat kuasa 1 Julai
Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi baharu Felda berkuat kuasa 1 Julai 2019 untuk tempoh dua tahun. -Gambar fail
Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi baharu Felda berkuat kuasa 1 Julai 2019 untuk tempoh dua tahun.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan pengalaman luas dimiliki Mohd Bakke dalam sektor korporat termasuk industri perladangan, kerajaan yakin beliau mampu mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian Felda.
“Mohd Bakke merupakan seorang tokoh korporat yang berintegriti dan berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau pada masa sama menzahirkan rasa terima kasih kepada Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang berkhidmat hampir setahun bersama badan itu.
“Tan Sri Megat Zaharuddin telah memberi sumbangan idea yang bernas dan progresif dalam usaha Kerajaan Pakatan Harapan membina semula FELDA dan memastikan kemampanan industri perladangan serta masa depan peneroka FELDA yang terjamin,” katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Felda
#Megat Zaharuddin
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Mohd Bakke
#tokoh korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan