awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT Corp beri kontrak RM19.5 juta kepada bumiputera

Bernama
Bernama
30/01/2013
08:13 MYT
MRT Corp beri kontrak RM19.5 juta kepada bumiputera
Sebanyak 44 pakej kerja bernilai RM19.5 juta diberikan kepada kontraktor Bumiputera kelas G1, G2 dan G3 bagi projek MRT Lembah Klang.
Semasa mengumumkannya Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Sdn Bhd Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kontrak tersebut merupakan sebahagian sasaran kerajaan mencapai 43 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projek infrastruktur mega negara itu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengundian, beliau berkata undian hari ini merupakan kali kedua diadakan melibatkan 541 pemohon.
Undian pertama diadakan pada akhir tahun lepas dengan sembilan kontraktor diberikan RM7.5 juta nilai kontrak.
MRT Corp memperuntukkan 250 pakej kerja, bernilai RM200 juta terutamanya bagi kontraktor Bumiputera.
"Kami menjangka kebanyakan kontrak akan diberikan tahun ini dan bakinya pada permulaan tahun depan," katanya.
Topic Berkaitan
#Azhar Abdul Hamid
#kontraktor Bumiputera
#MRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan