awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhamad Umar Swift CEO baharu Bursa Malaysia

Bernama
Bernama
19/12/2018
10:55 MYT
Muhamad Umar Swift CEO baharu Bursa Malaysia
Datuk Muhamad Umar Swift dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd yang baharu.
Datuk Muhamad Umar Swift dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd yang baharu, menggantikan Datuk Seri Tajuddin Atan, berkuat kuasa 11 Feb, 2019.
Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Amirsham A Aziz berkata lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan bursa tersebut akan bekerjasama rapat dengan beliau.
"Pengalaman beliau akan memberikan perspektif yang lebih segar kepada Bursa Malaysia, dan saya yakin beliau akan terus menerajui bursa ke fasa seterusnya untuk pertumbuhan pesat supaya menjadi pasaran ASEAN terkemuka, bertanggung jawab dan berhubung ke seluruh dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Amirsham berkata Tajuddin telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan bursa sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan tempat untuk mencipta kekayaan bagi jangka masa panjang dan mencipta nilai.
Tajuddin menyertai Bursa Malaysia sebagai CEO pada April 2011 apabila diberikan mandat mewujudkan pasaran modal yang cergas.
Sepanjang tempoh itu beliau melaksanakan inisiatif strategik yang mengubah bursa kepada institusi nasional yang mampu melahirkan pasaran modal yang mantap, dinamik dan berkesan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirsham A Aziz
#Bursa Malaysia
#CEO
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Muhamad Umar Swift
#Tajuddin Atan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan