awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYAirline tawar tambang tetap RM300 bagi laluan Sabah, Sarawak

Bernama
Bernama
19/05/2023
06:50 MYT
MYAirline tawar tambang tetap RM300 bagi laluan Sabah, Sarawak
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MYAirline kini menawarkan harga tiket penerbangan tetap pada RM300 bagi semua laluannya antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur bersempena sambutan pesta menuai Kaamatan dan Gawai.
Dalam kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala.
Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada 27-29 Mei, 2023 bagi laluan Sabah serta 29-31 Mei, 2023 bagi Sarawak.
Penumpang pesawat itu akan turut menikmati kemudahan bagasi daftar masuk seberat 20 kilogram.
"Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menawarkan harga tambang tetap bagi penerbangan bersempena sambutan Kaamatan dan Gawai," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo.
Menerusi tawaran harga asas tetap RM300 untuk tiket sehala, beliauu berkata MYAirline berharap dapat menyumbang kepada permintaan perjalanan serta mempromosi pengalaman budaya unik perayaan Kaamatan dan Gawai selama sebulan yang jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.
Laluan penerbangan MYAirline bagi Malaysia Timur MYAirline termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Miri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket penerbangan
#Sabah
#Sawarak
#MYAirline
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan