awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCEB kembali ke IBTM World Barcelona 19-21 November

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2024
12:06 MYT
MyCEB kembali ke IBTM World Barcelona 19-21 November
Pavilion Malaysia berjaya dilancarkan di IBTM World Barcelona 2024 dengan Majlis Potong Riben dan Kempen MyTripleE 2.0 diketuai oleh Encik Noor Azlan Abu Bakar, Pengarah Pembangunan Perniagaan, bersama lapan (8) rakan pempamer.
MALAYSIA Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) kembali ke IBTM World Barcelona untuk tahun kesembilan berturut-turut dan menjalin kerjasama dengan lapan rakan pameran utama.
Dalam satu kenyataan, MyCEB memaklumkan acara itu mengetengahkan tawaran dinamik Malaysia sebagai destinasi utama perniagaan di Asia.
Pameran yang berlangsung di Fira Barcelona Gran Via dari 19 hingga 21 November itu menyediakan platform penting bagi MyCEB untuk menyerlahkan kekuatan Malaysia dalam inovasi industri, kelestarian dan sektor acara perniagaan untuk terus berkembang.
Pengarah Pembangunan Perniagaan MyCEB, Noor Azlan memaklumkan, objektif syarikat adalah untuk mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi global pilihan dalam acara perniagaan.
“IBTM World membolehkan kami berkongsi kemampuan pelbagai Malaysia dengan komuniti antarabangsa, membina hubungan yang berharga, dan menjana peluang perniagaan yang berimpak tinggi.
“Kami fokus untuk mendapatkan kerjasama baharu, memperkukuh yang sedia ada, serta memacu pertumbuhan ekonomi melalui platform ini,” katanya.
Mengulas lanjut, sebagai lokasi yang menghimpunkan lebih 12,000 peserta dan 2,650 pembeli jemputan dari seluruh dunia, IBTM World memberi peluang MyCEB dan rakan pamerannya peluang membina rangkaian dan pembangunan perniagaan yang tidak ternilai.
Salah satu acara utama penyertaan MyCEB tahun ini adalah pelancaran Kempen MyTripleE 2.0, yang diumumkan semasa Majlis Perasmian Potong Riben di Pavilion Malaysia.
MyTripleE 2.0 memperkasa kempen awal yang berjaya berkembang mendefinisikan semula sektor acara perniagaan Malaysia melalui tiga inisiatif utama: Excel, Elevate, dan Enliven.
Setiap inisiatif menyasarkan pasaran serantau dan antarabangsa, dengan MyCEB menyediakan sokongan kewangan dan bukan kewangan kepada pemohon yang layak.
Melalui MyTripleE 2.0, MyCEB bertujuan melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan dan meningkatkan daya saing Malaysia, membolehkan pertumbuhan dan kelestarian sektor ini dalam industri acara perniagaan global.
Topic Berkaitan
#MyCEB
#IBTM world barcelona
#pameran
#destinasi perniagaan
#inovasi industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan