awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/04/2022
03:20 MYT
Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3555/3585 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit yang mencatatkan kenaikan semalam memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan timbulnya kebimbangan baharu mengenai prospek ekonomi global, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3555/3585 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.3545/3570.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa siri pengumuman pendapatan korporat bagi suku pertama agak bercampur-campur, sekali gus mencadangkan prospek yang mencabar kerana syarikat perlu berdepan dengan peningkatan kos perniagaan, terutamanya bahan mentah dan tenaga buruh.
"Situasi geopolitik masih lagi belum selesai dengan Rusia dijangka menghentikan eksport gas mereka ke Poland dan Bulgaria.
"Kebimbangan mengenai sekatan pergerakan meningkat di Beijing memandangkan ia telah memulakan keperluan ujian besar-besaran berikutan peningkatan kes COVID-19," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kekal sekitar paras rintangan RM4.36 hari ini.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4142/4168 daripada penutup Selasa pada 3.4065/4087 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6356/6388 daripada 4.6532/6559.
Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1584/1609 berbanding penutupan semalam 3.1697/1720 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4797/4834 daripada 5.5359/5391.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan