awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OSK IB diletak pada 'pantauan penarafan'

Bernama
Bernama
14/11/2012
09:53 MYT
OSK IB diletak pada 'pantauan penarafan'
RAM Rating Services Bhd telah meletakkan penarafan institusi perbankan jangka panjang dan pendek 'A1' dan 'P1' OSK Investment Bank Bhd (OSK IB) pada 'pantauan penarafan' dengan unjuran positif.
Dalam satu kenyataan hari ini, RAM berkata penarafan 'A2' nota jangka sederhana tersubordinat (MTN tersubordinat) yang diterbitkan di bawah program MTN RM400 jutanya juga telah diletakkan pada 'pantauan penarafan' positif.
Ia berkata pada 9 Nov, kedua-dua RHB Capital Bhd dan OSK Holdings Bhd membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia bahawa RHB Capital Bhd telah membeli 100 peratus kepentingan dalam OSK IB.
"Pantauan penarafan telah diasaskan daripada pembelian ini dan cadangan gabungan dengan RHB Investment Bank Bhd (RHB IB)," katanya.
RAM berkata pada masa yang sama, penarafan jangka panjang MTN tersubordinat itu akan dinaikkan kepada 'AA3' dengan unjuran stabil, di bawah penarafan jangka panjang 'AA2' RHB IB.
Ia berkata penarafan itu penarafan itu mencerminkan subordinasi kemudahan hutang kepada obligasi tidak terjamin senior RHB IB.
Bagaimanapun, jika penggabungan itu gagal, unjuran institusi kewangan dan penarafan jangka panjang MTN tersubordinat akan kembali kepada kedudukan sebelumnya, katanya.
Topic Berkaitan
#OSK
#RAM
#RHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan