awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan mahu jadikan Malaysia pintu masuk ke ASEAN

Bernama
Bernama
13/02/2016
03:42 MYT
Pakistan mahu jadikan Malaysia pintu masuk ke ASEAN
Pakistan berhasrat menjadikan Malaysia 'pintu masuk' ke pasaran ASEAN yang disifatkannya mempunyai potensi perdagangan yang besar, Datuk Dzulkifli Mahmud. - Gambar fail
Pakistan berhasrat menjadikan Malaysia 'pintu masuk' ke pasaran ASEAN yang disifatkannya mempunyai potensi perdagangan yang besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud.
Menurutnya, negara itu melihat Malaysia sebagai negara yang paling sesuai untuknya menembusi rantau ASEAN yang mempunyai 625 juta penduduk.
"Pada masa sama, MATRADE turut menggalakkan syarikat tempatan merebut peluang dan memanfaatkan kelebihan Pakistan yang mampu menawar akses kepada pasaran Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC)," katanya kepada pemberita di Ekspo Pakistan 2016, di sini Jumaat.
Sehubungan itu, beliau menggesa dewan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur agar mengadakan misi perdagangan ke Pakistan untuk memperkenalkan produk Malaysia dengan lebih intensif.
Dzulkifli berkata, antara sektor yang boleh diterokai syarikat Malaysia di Pakistan ialah produk halal, produk berkaitan animasi dan teknologi komunikasi dan maklumat.
"Malaysia menyifatkan Pakistan sebagai rakan niaga yang penting kerana ia negara pertama di rantau Asia Selatan yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia.
"Dengan adanya FTA ini, diharap perdagangan di antara kedua-dua negara ini akan terus meningkat," katanya.
Tahun lepas, eksport Malaysia ke Pakistan berjumlah US$1.1 bilion (RM4.1 bilion), turun 12.9 peratus berbanding 2014, manakala import dari Pakistan pula pada US$229.9 juta (RM891.3 juta), meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Hassan Raza.
Topic Berkaitan
#Datuk Dzulkifli Mahmud
#Matrade
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan