awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran perdagangan Brunei, Sarawak perkukuh hubungan dua hala

Bernama
Bernama
02/08/2025
22:50 MYT
Pameran perdagangan Brunei, Sarawak perkukuh hubungan dua hala
Awang Mohd Amin memukul gong untuk merasmikan program Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Brunei 2025 di Bandar Seri Begawan, Brunei, 2 Ogos 2025. - Foto Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak
BANDAR SERI BEGAWAN: Penganjuran pameran makanan, kraftangan dan industri kreatif oleh Brunei dan negeri jiran Malaysia, Sarawak, mencerminkan komitmen nyata dalam memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelancongan dan pembangunan mampan, kata seorang menteri Brunei pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Datuk Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah berkata pameran itu menjadi platform dinamik yang menyokong pertumbuhan usahawan tempatan dalam industri makanan, kreatif dan kraftangan.
Pameran itu turut memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang dihubungkan oleh warisan, bahasa, adat dan nilai bersama sejak berabad lamanya, katanya semasa pelancaran program Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Brunei 2025 pada Sabtu.
Pameran selama dua hari itu menampilkan lebih 40 reruai dengan pelbagai produk.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Awang Mohd Amin Liew Abdullah
#Hubungan dua hala
#pameran perdagangan
#Brunei-Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan