awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah KL ditutup rendah

Bernama
Bernama
17/02/2025
12:02 MYT
Pasaran getah KL ditutup rendah
Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, SMR 20 merosot kepada 6.0 sen kepada 915 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun 1.5 sen kepada 685.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Menurut peniaga, Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan levi ke atas kereta yang akan dilaksanakan seawal 2 April tahun ini.
Selain itu, jualan runcit AS menyusut melebihi jangkaan, merosot 0.9 peratus pada Januari berikutan musim daun getah luruh.
Katanya, pentadbiran AS juga memperluaskan tumpuannya melangkaui halangan tarif dan bukan tarif untuk memasukkan pemeriksaan mengenai manipulasi mata wang.
Menurut peniaga itu, sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS dan data ekonomi AS yang lemah.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak yang stabil dan keyakinan mengenai lebih banyak rangsangan dari China di tengah-tengah musim daun pokok getah gugur, selain cuaca buruk di negara pengeluar getah utama," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata harga minyak kekal stabil pada Isnin ketika pelabur memantau dengan teliti perkembangan mengenai potensi perjanjian damai antara Russia-Ukraine, yang mungkin mengurangkan sekatan yang mengganggu rangkaian bekalan global.
Pada 4.55 petang, harga minyak mentah Brent meningkat 0.41 peratus kepada US$75.04 setong.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, SMR 20 merosot kepada 6.0 sen kepada 915 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun 1.5 sen kepada 685.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#harga minyak
#peniaga
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan