awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran saham AS menjunam selepas Trump ugut tingkatkan tarif

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2025
00:30 MYT
Pasaran saham AS menjunam selepas Trump ugut tingkatkan tarif
Ketiga-tiga indeks utama Wall Street memulakan hari dengan kejatuhan mendadak. - Gambar hiasan/AP
NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) berdepan hari Isnin yang penuh pergolakan selepas Presiden Donald Trump mengugut untuk meningkatkan kadar tarif.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap hala tuju dasar perdagangan White House.
Indeks S&P 500 merosot sebanyak 0.8 peratus dalam dagangan lewat petang.
Ini selepas melalui hari yang penuh turun naik dramatik apabila pelabur berusaha mentafsir matlamat sebenar Trump dalam perang perdagangan yang berterusan.
Jika tujuan beliau adalah untuk memaksa negara lain menandatangani perjanjian perdagangan, maka penurunan tarif boleh membantu meredakan ketegangan dan mengelakkan kemelesetan.
Namun jika beliau berhasrat mengubah struktur ekonomi secara menyeluruh dan mengekalkan tarif dalam jangka panjang, pasaran saham mungkin terus menjunam.
Indeks Dow Jones Industrial Average mencatatkan kejatuhan sebanyak 563 mata, atau 1.5 peratus, kurang sejam sebelum penutupan pasaran.
Sementara itu, indeks Nasdaq susut 0.6 peratus.
Ketiga-tiga indeks utama Wall Street memulakan hari dengan kejatuhan mendadak.
Dow Jones sempat merudum sehingga 1,700 mata akibat kebimbangan terhadap kemungkinan impak tarif Trump ke atas ekonomi global.
Namun, indeks itu melonjak semula hampir 900 mata, mencerminkan dagangan yang sangat tidak menentu.
S&P 500 turut mengalami perubahan mendadak, daripada kerugian 4.7 peratus kepada lonjakan sebanyak 3.4 peratus yang hampir menjadi peningkatan terbesar dalam beberapa tahun, sebelum kembali menurun semula.
Lonjakan mengejut itu berlaku susulan khabar angin palsu bahawa Trump sedang mempertimbangkan penangguhan tarif selama 90 hari.
Walau bagaimanapun, akaun rasmi White House di platform X segera menafikan dakwaan tersebut sebagai “berita palsu" dan menyebabkan pasaran kembali menyusut.
Hakikat bahawa satu khabar angin mampu menggerakkan pelaburan bernilai trilion dolar memperlihatkan betapa besar harapan pelabur agar Trump akan mengendurkan dasar tarifnya yang agresif.
Topic Berkaitan
#pasaran saham
#Wall Street
#Donald Trump
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan