awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran wang dijangka kukuh pada minggu depan

Bernama
Bernama
02/01/2016
06:48 MYT
Pasaran wang dijangka kukuh pada minggu depan
Kadar rujukan Islam semalaman pada 3.21 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu disandarkan pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus. - Gambar fail
Pasaran wang tempatan dijangka kukuh minggu depan berikutan jangkaan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan tunai.
Bank pusat itu juga dijangka terus campur tangan dengan tender harian bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran.
Bagi minggu dagangan singkat berikutan cuti umum lepas, BNM campur tangan setiap hari dengan mengendalikan tender pasaran wang konvensional, program komoditi Murabahah, Qard dan repo.
Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bersempena cuti tahun baharu.
Pada Khamis, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan lebihan dagangan pasaran kepada RM37.92 bilion dalam sistem konvensional dan dana Islam RM11.65 bilion.
Kadar rujukan Islam semalaman pada 3.21 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu disandarkan pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus.
Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan pada 3.84 peratus.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Murabahah
#Qard
#repo
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan