awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) 2021-2030 dilancarkan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/11/2021
12:00 MYT
Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) 2021-2030 dilancarkan
BAP 2021-2030 berperanan untuk membentuk tadbir urus negeri dalam memutuskan dasar, melaksana dan memantau strategi dan inisiaif sektor bioteknologi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Inisiatif Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) 2021-2030 dibangunkan bertujuan untuk mengenal pasti potensi subsektor bioteknologi dan memperluaskan ekosistem industri tersebut di negeri itu.
SBAP 2021-2030 dilancarkan hari ini pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad.
Invest Selangor dalam kenyataannya menjelaskan, kluster bioteknologi merupakan sektor baharu yang berpotensi tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi baharu bagi Selangor.
“SBAP 2021-2030 dirangka berdasarkan kajian semula Dasar Bioteknologi Negara dan menilai pencapaian dasar tersebut sehingga kini selepas ia dilancarkan 15 tahun lalu.
“Hasil kajian daripada tinjauan lapangan, analisis dan penada aras serta pandangan daripada pihak berkepentingan yang dikumpulkan adalah input utama untuk pembangunan SBAP 2021-2030.
“SBAP 2021-2030 memperkasa aspirasi Selangor dengan visi untuk menjadikan Selangor sebagai hab bioteknologi untuk inovasi, perkongsian teknologi, pelaburan dan pembangunan modal insan,” katanya.
Dalam pada itu, SBAP 2021-2030 berperanan untuk membentuk tadbir urus negeri dalam memutuskan dasar, melaksana dan memantau strategi dan inisiaif sektor bioteknologi.
Usaha untuk memperkasa sektor bioteknologi juga dilihat bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dengan memenuhi kehendak pengguna tanpa menjejaskan jejak karbon rendah dan kemampanan sumber biologi.
Topic Berkaitan
#Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor
#SBAP
#Invest Selangor
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan