awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan pangsapuri Tanjung Tokong bermula

Bernama
Bernama
29/11/2012
08:28 MYT
Pembinaan pangsapuri Tanjung Tokong bermula
Fasa pertama pembinaan pangsapuri di kawasan Tanjong Tokong, Pulau Pinang dijangka bermula awal tahun hadapan dan akan berakhir pada penghujung 2014, kata Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.
"Pembinaan ini akan melibatkan pembinaan sembilan blok pangsapuri dan mempunyai sejumlah 550 unit kediaman setinggi lapan hingga sepuluh tingkat yang akan diberi kepada penduduk asal kawasan terbabit," katanya pada Khamis.
Buat masa ini, Nur Jazlan berkata, UDA sedang meneliti dan memproses tender bagi memilih pemaju yang layak membangunkan projek berkenaan.
"Lebih dari 20 syarikat terlibat untuk mendapatkan tender projek ini, dan kami harap proses pemilihan akan berjalan lancar dan merancang untuk mengumumkan keputusannya dalam masa dua hingga tiga minggu ini," katanya.
Pembangunan semula kawasan Tajung Tokong melibatkan dua fasa bagi pembinaan pangsapuri untuk 1,000 penduduk asal kawasan terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM165 juta.
"Untuk fasa kedua, yang akan melibatkan pembinaan 650 unit kediaman, ia akan bermula setelah fasa yang pertama ini siap sepenuhnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Nur Jazlan
#pangsapuri
#pulau pinang
#Tanjung Tokong
#uda holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan