awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan Genting Skyworlds akan percepat pemulihan GenM - RHB Research

Bernama
Bernama
04/02/2022
05:13 MYT
Pembukaan Genting Skyworlds akan percepat pemulihan GenM - RHB Research
Pembukaan GS pada 8 Februari 2022 itu akan mencetuskan keterujaan pengunjung dan berpotensi meningkatkan lagi impak positif untuk Resorts World Genting. - Foto: Genting SkyWorlds
KUALA LUMPUR: Langkah pembukaan Genting Skyworlds (GS) dijangka mempercepat pemulihan aliran perniagaan Genting Malaysia Bhd (GenM) berikutan peranannya sebagai tarikan dan saluran pendapatan baharu selain memberi manfaat kepada kemudahan lain dalam kawasan Resorts World Genting (RWG).
Menurut RHB Research, pembukaan GS pada 8 Februari 2022 itu akan turut mencetuskan keterujaan pengunjung dan berpotensi meningkatkan lagi impak positif untuk RWG.
"Pada peringkat awal, taman tema itu berkemungkinan beroperasi pada kapasiti sebanyak 50 peratus atau 20,000 pengunjung berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard.
"Jika dianggarkan 10,000 pengunjung sehari, kami menjangkakan taman tema itu sahaja dapat menyumbang pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM210 juta hingga RM290 juta," katanya dalam nota tinjauannya hari ini.
RHB Research mengekalkan saranan 'beli' ke atas GenM dengan harga sasaran RM3.58 berikutan kedudukannya sebagai penerima langsung daripada sebarang pemulihan berkaitan pelancongan.
Pada 11.25 pagi ini, harga saham GenM naik satu sen kepada RM2.80 dengan 2.10 juta saham saling berpindah tangan.
Selain itu, RHB Research juga berpendapat bahawa pengumuman Genting Hong Kong (GenHK) baru-baru ini mengenai potensi kemungkiran silang tidak akan menjejaskan GenM yang tidak mempunyai sebarang pegangan dalam GenHK.
"Para pemegang saham minoritinya juga berkemungkinan menolak sebarang cadangan berkaitan dengan usaha menyelamatkan GenHK," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Skyworlds
#Resorts World Genting
#Taman Tema
#RHB Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan