awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Malaysia kekal yakin dengan prospek ekonomi - Kaji selidik UOB

Bernama
Bernama
28/12/2023
23:04 MYT
Pengguna Malaysia kekal yakin dengan prospek ekonomi - Kaji selidik UOB
Walaupun tiga daripada empat responden merasakan Malaysia berkemungkinan akan menghadapi kemelesetan ekonomi dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, sentimen ini berkurang berbanding tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengguna Malaysia kekal positif terhadap prospek ekonomi dan menumpu untuk memperkukuhkan kewangan mereka bagi tempoh jangka panjang menerusi simpanan, pelaburan dan insurans, demikian menurut Kaji Selidik Sentimen Pengguna ASEAN (ACSS) 2023 UOB.
Kaji selidik itu mendapati pengguna Malaysia lebih optimis dengan situasi ekonomi berbanding rantau ini dengan dua daripada tiga responden menjangkakan kedudukan kewangan mereka akan bertambah baik menjelang Jun tahun depan.
Walaupun tiga daripada empat responden merasakan Malaysia berkemungkinan akan menghadapi kemelesetan ekonomi dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, sentimen lemah ini telah berkurangan berbanding tahun lepas.
"Dengan keyakinan ini, kira-kira 30 peratus pengguna Malaysia merancang untuk meningkatkan peruntukan mereka bagi simpanan, pelaburan dan insurans," katanya.
Menurut kaji selidik itu perbelanjaan untuk insurans diterajui generasi Baby Boomer manakala Gen Z dan Y lebih menumpu untuk meningkatkan simpanan mereka.
"Gen X, sebaliknya, mengutamakan pelaburan mereka," katanya.
Sementara itu, mengenai kebimbangan yang membelenggu setiap hari dan tabiat berbelanja, tiga daripada empat pengguna Malaysia yang dikaji selidik menyatakan mereka lebih bimbang tentang kewangan mereka disebabkan oleh kenaikan inflasi, peningkatan perbelanjaan isi rumah dan pegangan simpanan yang semakin berkurangan.
Kira-kira 37 peratus menyatakan mereka telah meningkatkan perbelanjaan untuk barangan keperluan seperti barangan runcit dengan 35 peratus lagi membelanjakan lebih banyak untuk utiliti.
Hasil daripadanya mendapati pengguna Malaysia yang bimbangkan tentang keupayaan untuk memperuntukkan wang bagi simpanan mereka adalah sebanyak (34 peratus), keupayaan untuk membeli barangan keperluan (30 peratus) dan keupayaan untuk mengekalkan gaya hidup semasa (26 peratus).
"Secara berasingan, bagi perbelanjaan mengikut budi bicara, pengguna mengurangkan perbelanjaan untuk barang kemas (36 peratus), percutian (35 peratus) dan makan di luar (34 peratus)," kata UOB.
Pengguna Malaysia lebih memilih untuk menggunakan saluran perbankan digital dengan 54 peratus daripada rakyat Malaysia menganggap aplikasi perbankan mudah alih sebagai saluran perbankan paling dipercayai diikuti perbankan internet melalui pelayar web (43 peratus).
"Ini selari dengan peningkatan dalam penggunaan aplikasi perbankan mudah alih sebanyak 44 peratus dan perbankan internet sebanyak 34 peratus.
"Seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang dikaji lebih suka memohon produk mudah (38 peratus) seperti membeli insurans (32 peratus) dan produk pelaburan (36 peratus) dalam talian," katanya.
ACSS yang memasuki tahun keempatnya, adalah kaji selidik utama serantau UOB yang menganalisis trend dan sentimen pengguna di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Kajian itu dijalankan dari 1 hingga 26 Jun 2023 dan melakukan kaji selidik ke atas 3,400 responden dalam talian di lima negara, termasuk 600 responden dari Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengguna malaysia
#prospek ekonomi
#Kaji Selidik Sentimen Pengguna ASEAN
#kaji selidik UOB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan