awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan perkhidmatan kewangan digital ASEAN meningkat - WEF

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/12/2022
00:00 MYT
Penggunaan perkhidmatan kewangan digital ASEAN meningkat - WEF
Aplikasi pembayaran digital paling banyak digunakan selepas media sosial, dengan 84 peratus responden tinjauan telah menggunakan pembayaran digital. - Foto WEF
KUALA LUMPUR: Penggunaan perkhidmatan kewangan digital semakin meningkat di seluruh rantau ASEAN, memetik ASEAN Digital Generation Report 2022 dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Laporan hasil kerjasama antara WEF, Sea Limited dan Astro AWANI itu sekali gus memberi cerminan kepada pentingnya meningkatkan perkhidmatan digital di rantau ini.
Memetik laporan itu, aplikasi pembayaran digital paling banyak digunakan selepas media sosial, dengan 84 peratus responden tinjauan telah menggunakan pembayaran digital.
Responden menekankan kepentingan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kewangan untuk keperluan peribadi dan perniagaan harian merangkumi aliran tunai dan simpanan serta jaringan keselamatan untuk pengembangan perniagaan.
Malah, pendigitalan turut menawarkan potensi untuk meningkatkan akses kepada kewangan, menggalakkan keterangkuman bagi kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan seperti wanita, penduduk luar bandar dan usahawan perniagaan mikro.
Mengakses perkhidmatan kewangan digital telah menjadi amalan biasa dalam kalangan majoriti penduduk luar bandar, memetik laporan itu.
Selain itu, PMKS khususnya perniagaan mikro, mendapat lebih banyak pinjaman daripada fintech, serta melengkapkan pinjaman daripada bank.
Di samping itu, seorang daripada lima responden wanita yang memerlukan pinjaman telah meminjam melalui perkhidmatan Fintech dan dalam talian, menjadikan mereka sumber penting peminjaman.
Laporan tahun ini mengkaji perkhidmatan kewangan digital, jurang dalam akses dan ruang penambahbaikan keterangkuman kewangan melalui perniagaan, kerajaan dan organisasi masyarakat sivil.
Laporan itu hasil tinjauan terhadap lebih 90,000 responden dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kira-kira 70 peratus daripada responden berumur antara 16 dan 35, 52 peratus adalah wanita manakala satu pertiga atau 27,000 merupakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Topic Berkaitan
#WEF
#ASEAN
#perkhidmatan digital
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan