awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang Malaysia Airports susut kepada 6.8 juta

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
11/12/2015
11:04 MYT
Penumpang Malaysia Airports susut kepada 6.8 juta
MAHB berkata sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan penurunan. - Foto BERNAMA
Lapangan terbang Malaysia mencatatkan 6.8 juta penumpang, susut sebanyak 2.7 peratus bagi November 2015 tahun ke tahun berbanding tahun lepas.
Menurut Bernama, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan penurunan.
“
Pergerakan penumpang merosot sebanyak 0.9% pada November 2015 dan trafik Terminal KLIA jatuh 13.7%
”
- Malaysia Airports Holdings Berhad
Sektor antarabangsa mencatatkan 3.2 juta penumpang, 1.2 peratus lebih rendah daripada tahun lepas manakala sektor domestik mencatatkan 3.6 juta penumpang.
Secara keseluruhan, pergerakan pesawat turut susut sebanyak 5.7 peratus.
Walau bagaimanapun, pergerakan penumpang di klia2 meningkat sebanyak 11 peratus.
Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata, kemerosotan trafik ini turut dipengaruhi oleh pengurangan laluan dan kekerapan oleh Malaysia Airlines Berhad yang sedang melaksanakan penstrukturan semula.
Badlisham turut berkata penurunan harga bahan api memberi kelebihan kepada syarikat penerbangan walaupun faktor muatan yang dicatatkan tidak memuaskan.
“Harga bahan api yang menurun akan membantu syarikat penerbangan. Kita tahu kira-kira 40 peratus kos operasi syarikat penerbangan adalah untuk bahan api.
“Ini akan membantu keuntungan syarikat dan memberi peluang kepada mereka untuk membuka laluan baru atau meningkatkan kekerapan walaupun faktor muatan tidak setinggi yang mereka harapkan,” kata Badlisham ketika ditemui Astro AWANI selepas acara ketibaan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner British Airways di KLIA pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Datuk Badlisham
#KLIA
#MAHB
#Malaysia Airports
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan