awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyiaran TV digital: tiga pembida disenarai pendek

Bernama
Bernama
05/06/2013
03:04 MYT
Penyiaran TV digital: tiga pembida disenarai pendek
Tiga pembida yang disenarai pendek untuk pembinaan infrastruktur Penyiaran TV Digital Terestrial (DTTB) Bhd telah mengemukakan cadangan pelan perniagaan bagi penilaian akhir oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tiga pembida berkenaan adalah i-Media Broadcasting Solutions Sdn Bhd, Puncak Semangat Sdn Bhd dan Redtone Network Sdn Bhd.
Tarikh akhir penyerahan adalah pada 3 Jun dan hasil penilaian akan diumumkan pada suku keempat tahun 2013.
Pembida yang disenarai pendek diberikan tempoh enam bulan untuk menyiapkan cadangan pelan perniagaan yang lebih terperinci termasuk penilaian frekuensi, mengambil ukuran di tapak pemancar, penggunaan kotak 'set-top' dan untuk mengukuhkan keupayaan kewangan bagi membina dan menyenggara infrastruktur DTTB.
Infrastruktur ini akan menyediakan platform yang diperlukan untuk penyiar Bebas-ke-Udara berhijrah dari sistem analog yang kini digunakan kepada penyiaran berformat digital.
Format ini kemudiannya akan membolehkan lebih banyak penyiar menyediakan banyak lagi saluran daripada apa yang berupaya ditawarkan sekarang.
Ketiga-tiga syarikat itu telah disenarai pendek selepas SKMM selesai membuat penilaian pusingan pertama pelan perniagaan yang dikemukakan lapan syarikat untuk pembinaan infrastruktur Penyiaran TV Digital Terestrial (DTTB).
Pelancaran sulung perkhidmatan DTTB kepada orang ramai dijangka pada lewat suku pertama 2014 manakala liputan ke seluruh negara sepenuhnya disasarkan pada akhir tahun 2015.
Topic Berkaitan
#Digital Terestrial
#DTTB
#i-Media Broadcasting
#Puncak Semangat
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan