awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas buat semakan produktiviti untuk melestari operasi, hapus ketidakcekapan

Bernama
Bernama
30/12/2024
09:02 MYT
Petronas buat semakan produktiviti untuk melestari operasi, hapus ketidakcekapan
Seiring dengan pelaksanaan mandatnya seperti yang termaktub dalam PDA 1974, Petronas kekal komited untuk terus mencipta nilai bagi para pemegang sahamnya.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan serta memberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.
Syarikat minyak nasional itu berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmennya untuk melaksanakan strategi peralihan tenaga sambil memberikan penambahbaikan berterusan dengan menjadi lebih fokus kepada operasi, tangkas secara komersial dan menjimatkan kos.
"Seiring dengan pelaksanaan mandatnya seperti yang termaktub dalam PDA 1974, Petronas kekal komited untuk terus mencipta nilai bagi para pemegang sahamnya.
"Bagi mencapai matlamat ini, ia perlu memastikan dapat terus bersaing dan berkembang dalam landskap sektor tenaga yang sentiasa berubah, baik di peringkat domestik mahupun global," katanya kepada Bernama.
Petronas berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berhubung laporan berita mengenai kumpulan tersebut yang dijangka mengalami kehilangan perolehan sekitar 30 peratus sebaik sahaja formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan.
Laporan berita itu menyebut firma minyak dan gas negara yang berdiri sebagai satu-satunya syarikat Malaysia yang berjaya masuk ke dalam senarai Global Fortune 500, mungkin terpaksa membuat beberapa keputusan sukar berhubung tenaga kerjanya kerana perjanjian pengedaran gas, butirannya masih belum didedahkan kepada umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#semakan produktiviti
#kecekapan operasi
#strategi peralihan tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan