awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas menangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan Brazil

Bernama
Bernama
11/10/2019
02:57 MYT
Petronas menangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan Brazil
PPBL memenangi Blok CM 661, CM 715 dan CM 541, kesemuanya terletak di Lembangan Campos, luar pesisir Brazil. -Gambar fail
Syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi anak syarikatnya, Petronas Petroleo Brasil Ltda (PPBL) memenangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan blok cari gali Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro semalam.
PPBL memenangi Blok CM 661, CM 715 dan CM 541, kesemuanya terletak di Lembangan Campos, luar pesisir Brazil, dalam pengumuman awam yang dibuat oleh Agensi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api Nasional Brazil (ANP) semasa Pusingan Bidaan Konsesi 16 Pusingan ANP.
Bagi Blok CM 661 dan CM 715, PPBL sebagai pengendali memegang 100 peratus kepentingan ekuiti manakala bagi Blok CM 541 pula, Total dari Perancis sebagai pengendali memegang 40 peratus ekuiti, Qatar Petroleum (40 peratus) dan PPBL menguasai baki 20 peratus, menurut Petronas dalam kenyataan di sini hari ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pihaknya amat gembira dengan keputusan itu dan mahu memperkukuhkan dan membangunkan lagi usaha niaga Petronas di Brazil, antara lembangan paling prolifik di dunia.
"Susulan pelaksanaan perjanjian jual dan beli untuk memperolehi pegangan dalam medan Tartaruga Verde dan Module III of Espadarte pada April 2019, yang pada masa ini tertakluk kepada syarat penutupan, kejayaan dalam pusingan kali ini telah meneguhkan lagi strategi pertumbuhan global Petronas sebagai syarikat yang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyaknya di rantau Amerika Selatan," katanya.
Selain segmen huluan, Petronas juga mempunyai usaha niaga lain di Brazil termasuk Petronas Lubrificantes Brasil S.A., anak syarikat Petronas Lubricants International (PLI), serta perniagaan logistik menerusi MISC Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembangan Campos
#Petronas
#Petronas Petroleo Brasil Ltda
#PPBL
#Pusingan Bidaan Konsesi 16 Pusingan ANP
#Rio de Janeiro
#Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan