awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas umum dividen tambahan RM25 bilion untuk kerajaan

Bernama
Bernama
30/08/2022
11:16 MYT
Petronas umum dividen tambahan RM25 bilion untuk kerajaan
Petronas juga kekal komited untuk meningkatkan pelaburan diluluskan bagi memastikan operasi yang kekal berdaya tahan di masa depan dalam usaha ke arah peralihan tenaga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion untuk disalurkan kepada kerajaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bayaran dividen sebanyak RM50 bilion bagi 2022.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata dividen itu adalah tambahan kepada RM25 bilion yang telah diluluskan pada Februari lepas.
"Dividen tambahan RM25 bilion itu telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah selepas meneliti kemampuan kumpulan untuk terus membiayai operasi, melunaskan hutang dan memenuhi obligasi serta melabur bagi pertumbuhan masa depan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan bagi separuh pertama kumpulan yang berakhir pada 30 Jun, 2022 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Tengku Muhammad Taufik berkata jumlah pembayaran dividen sebanyak RM50 bilion pada 2022 itu juga adalah antara yang tertinggi pernah dibuat oleh kumpulan tersebut selepas pembayaran RM54 bilion pada 2019.
Ditanya sama ada bayaran dividen tambahan itu akan memberi kesan kepada Petronas, beliau berkata kumpulan perlu berbelanja secara berhemat namun pada masa sama mampu meraih keuntungan.
Menurutnya, Petronas juga kekal komited untuk meningkatkan pelaburan diluluskan bagi memastikan operasi yang kekal berdaya tahan di masa depan dalam usaha ke arah peralihan tenaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
#dividen tambahan
#peningkatan pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan