awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pharmaniaga selesai pelan regularisasi, dijangka keluar PN17 suku pertama 2026

Bernama
Bernama
06/08/2025
23:40 MYT
Pharmaniaga selesai pelan regularisasi, dijangka keluar PN17 suku pertama 2026
Pharmaniaga menerima status PN17 pada Februari 2023 berikutan peruntukan sebanyak RM552.3 juta bagi "inventori yang bergerak perlahan" vaksin COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd menyelesaikan pelan regularisasi Nota Amalan 17 (PN17) selepas menamatkan langkah pengurangan modalnya melalui pembatalan modal saham terbitan RM520 juta.
Syarikat farmaseutikal itu dalam kenyataan semalam berkata langkah itu memastikan kumpulan berada pada landasan yang tepat untuk keluar daripada status PN17 selewat-lewatnya pada suku pertama 2026.
"Langkah pengurangan modal ini, yang melibatkan pembatalan RM520 juta modal saham terbitan, diselesaikan selepas menerima pengesahan daripada Pejabat Pendaftar Syarikat hari ini bahawa semua keperluan undang-undang telah dipenuhi.
"Selepas langkah ini selesai, modal saham terbitan kumpulan berjumlah RM249.62 juta, yang terdiri daripada 6.55 bilion saham," katanya.
Pharmaniaga menerima status PN17 pada Februari 2023 berikutan peruntukan sebanyak RM552.3 juta bagi "inventori yang bergerak perlahan" vaksin COVID-19.
Pada penutupan dagangan semalam, kaunter ditutup tidak berubah pada 18.5 sen, dengan 28.69 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pharmaniaga
#PN17
#Pelan Regularisasi
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan