awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NIMP 2030 pacu daya tahan bekalan ubat depani cabaran global
Aktiviti rempit di LTSIP terkawal, Malaysia Airports perketat langkah pencegahan
Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring peningkatan Wall Street
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana tetap harga terbitan sukuk murabahah RM2 bilion

Bernama
Bernama
19/03/2015
00:00 MYT
Prasarana tetap harga terbitan sukuk murabahah RM2 bilion
Prasarana tetap harga terbitan sukuk murabahah RM2 bilion - Gambar fail
Prasarana Malaysia Bhd berjaya menetapkan harga bagi penerbitan nota jangka sederhana Islam nilai nominal RM2 bilion yang terdiri daripada tranche lima tahun berjumlah RM700 juta dalam nilai nominal, tranche 10 tahun bagi RM200 juta dan tranche 15 tahun sebanyak RM1.1 billion.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu berkata Sukuk Murabahah itu dijamin oleh kerajaan Malaysia.
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB), Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) dan RHB Investment Bank Bhd (RHB) merupakan pengendali utama bersama bagi program Sukuk Murabahah tersebut.
CIMB, Kenanga, RHB, Affin Hwang Investment Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd pula adalah pengurus utama bersama dan penyelaras utama bersama bagi program itu, katanya.
"Sukuk Murabahah dengan kadar keuntungan separa tahunan sebanyak 4.02 peratus setahun bagi tranche lima tahun, 4.38 peratus setahun bagi tranche 10 tahun dan 4.64 peratus setahun bagi tranche 15 tahun," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana gembira dengan kejayaan ini dan memuji Kementerian Kewangan, bank-bank dan semua pihak yang mengambil bahagian dalam urus niaga berkenaan.
Hasil daripada Sukuk Murabahah ini akan digunakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal Prasarana yang berlandaskan Syariah.
Topic Berkaitan
#CIMB
#Kenanga
#Murabahah
#prasarana
#Sukuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan