awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 162 individu berkait catatan dalam talian mengenai tembakan di sekolah
Bekas penjaga gol Arsenal dan Liverpool, Alex Manninger, maut dalam nahas
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai Tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton gesa pemilik Inspira bawa kereta untuk pemeriksaan

Bernama
Bernama
23/02/2015
10:01 MYT
Proton gesa pemilik Inspira bawa kereta untuk pemeriksaan
Proton berkata, gesaan itu dibuat seiring dengan kempen pembaikan dan pemeriksaan percuma Mitsubishi Malaysia Motor. - Gambar Fail
Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menggesa 5,280 pemilik kereta Inspira yang dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menghubungi pusat servis Proton untuk pemeriksaan percuma.
Proton berkata, gesaan itu dibuat seiring dengan kempen pembaikan dan pemeriksaan percuma Mitsubishi Malaysia Motor yang melibatkan brek booster dan tali berjalur-V ke atas model-model tertentu Mitsubishi yang dipasang sepenuhnya (CBU).
"Dipercayai unit 'Drive Belt Pulley' dalam kereta Proton Inspira yang dikeluarkan dalam tempoh itu mungkin sudah haus selepas jarak perbatuan tertentu serta keadaan pemanduan.
"Ini akan menyebabkan kehausan pramatang dan kelusuhan kepada unit itu, yang mungkin akan menyebabkan kehabisan bateri dan kepanasan enjin serta membebankan sistem stereng kuasa," katanya.
Penggantian tersebut adalah percuma termasuk kos buruh.
Topic Berkaitan
#Inspira
#Proton
#Proton Holdings Bhd
#servis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan