awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Rawatan Islam At-Tobibi perkenal kopi penawar penyakit

Bernama
Bernama
28/01/2013
11:00 MYT
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi perkenal kopi penawar penyakit
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Nilai, Negeri Sembilan, mensasarkan untuk menjual 50,000 kotak kopi keluarannya di seluruh negara dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Pengasasnya Shamsuri Shafie berkata jumlah itu mampu dicapai selepas menerima maklum balas positif daripada pengguna walaupun produk itu baharu diperkenalkan minggu lepas.
"Kami memperkenalkan dua jenis produk iaitu Kopi Delima Ruqyah dan Penawar Ruqyah. Kelainan pada produk kopi kami ialah ia telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa syifa' yang mampu bertindak sebagai penawar dan penyembuh pelbagai penyakit dengan izin Allah SWT," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Shamsuri berkata kopi tersebut dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, membuang toksin dalam badan, meningkatkan daya ingatan dan hormon badan serta menurunkan gula dalam darah.
Beliau berkata kedua-dua produk kopi tersebut turut mengandungi beberapa buah-buahan terbaik yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW.
"Untuk Kopi Delima Ruqyah, kita menggunakan bahan-bahan seperti kurma, madu, buah tin dan delima, manakala Kopi Penawar Ruqyah pula menggunakan Habatussauda, buah zaitun, kismis dan zafran.
"Kedua-dua produk kopi ini dijual pada harga RM35 sekotak dan sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur," katanya.
Topic Berkaitan
#At-Tobibi
#kopi
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan