awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RA untuk pengilang dilanjut sehingga 15 tahun

Bernama
Bernama
24/10/2012
07:27 MYT
RA untuk pengilang dilanjut sehingga 15 tahun
KERAJAAN AKAN TERUSKAN RA BAGI PENGELUAR SEHINGGA MAKSIMUM 15 TAHUN, KATA JACOB KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) --
Kerajaan akan mengekalkan tempoh sehingga maksimum 15 tahun bagi pemberian Pengecualian Pelaburan Semula (RA) terhadap para pengilang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan hari ini.
Pada peringkat ini, kerajaan berpandangan bahawa tempoh semasa 15 tahun bagi syarikat-syarikat menikmati pengecualian itu sebagai mencukupi, katanya.
Katanya kerajaan akan mengekalkan keputusannya sehingga wujud isu yang ditimbulkan mengenai perkara itu pada masa depan.
Peruntukan pengecualian itu dibentangkan pada Belanjawan 2013, katanya.
"Biasanya, insentif baharu akan diberikan di dalam belanjawan itu tetapi kali ini kerajaan akan menimbangkannya dengan satu cadangan baharu di dalam belanjawan akan datang," katanya kepada pemberita selepas dialog kementerian dengan persatuan industri berasaskan getah.
RA adalah insentif yang diberikan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada syarikat-syarikat di dalam sektor pengeluaran yang melabur semula modal masing-masing untuk melaksanakan projek berkenaan.
RA adalah 60 peratus pada perbelanjaan yang layak, yang termasuk premis kilang dan jentera dan ia juga diberikan kepada pengecualian modal.
RA digunakan untuk mengurangkan sehingga 70 peratus daripada pendapatan berkanun dan bahagian RA yang tidak digunakan untuk dibawa ke hadapan.
Topic Berkaitan
#cukai
#Jacob Dungau
#Pelaburan Semula
#pengilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan