awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan bisnes SUKSES terbitan Astro Awani rangkul anugerah ADFIAP

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2018
09:21 MYT
Rancangan bisnes SUKSES terbitan Astro Awani rangkul anugerah ADFIAP
Ketua Pegawai Operasi (Perbankan) SME Bank (Kanan) Datuk Kamaluddin Ismail bersama Ahli Kehormat ADFIAP, Dr Sailendra Narain. - Foto Astro AWANI
SME Bank berjaya merangkul dua anugerah pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Institusi-Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) ke-41.
Anugerah tersebut termasuk kategori Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik melibatkan rancangan SUKSES terbitan Astro Awani dengan kerjasama SME Bank.
Anugerah yang disampaikan di New Delhi, India itu mengiktiraf program SUKSES yang membawakan cerita kejayaan PKS Malaysia serta peranan SME Bank dala membangunkan industri PKS negara.
“Melalui program SUKSES kami berharap ia menjadi sumber inspirasi buat usahawan PKS untuk tidak mudah putus asa dalam membangunkan perniagaan mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi (Perbankan) SME Bank , Datuk Kamaluddin Ismail.

Sementara itu SME Bank turut menerima anugerah Laporan Kemampanan Terbaik sekaligus menjadi ia satu bentuk testimoni terhadap usaha bank itu menjadi sebuah organisasi yang teguh dan mampan. ADFIAP merangkumi 131 ahli dari 45 negara melibatkan semua bank pembangunan dan institusi kewangan yang terlibat di dalam pembiayaan kewangan pembangunan di dalam kawasan Asia Pasifik. SUKSES bersiaran di Astro Awani setiap Jumaaat 8.30 malam merangkumi 44 episod.
Topic Berkaitan
#Kamaluddin Ismail
#Laporan Kemampanan Terbaik
#New Delhi
#PKS
#Sailendra Narain
#SME Bank
#SME Bank dianugerah ADFIAP
#SUKSES
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan