awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rantau Asia Barat masih berdaya tahan

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2013
23:32 MYT
Rantau Asia Barat masih berdaya tahan
Di sebalik ketidaktentuan di rantau Asia Barat, Forum Ekonomi Sedunia percaya rantau itu masih berdaya tahan dan perlu menjadikan pertumbuhan ekonomi sebagai satu keutamaan.
Pengarah Urusannya, Borge Brende percaya, daya tahan itu didorong kekuatan warga rantau Arab yang sudah berdepan dengan pelbagai cabaran.
Jelas Brende, tanpa usaha memulihkan ekonomi, pekerjaan baru dan pembangunan sukar diwujudkan.
“Jadi saya rasa ini amat penting namun rantau boleh berkembang tetapi pada masa yang sama menghadapi banyak pergolakan,” kata Brende menjelang Forum Ekonomi Sedunia di Jordan.
Ia dijangka dihadiri delegasi dari 50 negara, termasuk 22 ketua negara.
Antara yang mengesahkan kehadiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Raja Jordan Raja Abdullah, Presiden Israel Shimon Peres dan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.
Mereka antara lain bakal membincangkan inisiatif baru "Memecah Kebuntuan" yang memfokuskan kepada agenda ekonomi pasca pelaksanaan penyelesaian dua negara membabitkan Israel dan Palestin.
Awal minggu ini, Washington dan Tel Aviv memberi gambaran rundingan pendekatan penubuhan dua negara berkenaan boleh dijalankan semula.
Perkembangan itu adalah sebahagian kemajuan dicapai Kerry sejak pelantikannya lebih dua bulan lalu untuk mengajak Palestin dan Israel kembali ke meja rundingan.
Topic Berkaitan
#Borge Brende
#Forum Ekonomi Dunia
#World Economic Forum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan