awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB Research kekalkan saran 'beli' ke atas Cahya Mata Sarawak

Bernama
Bernama
18/08/2013
02:00 MYT
RHB Research kekalkan saran 'beli' ke atas Cahya Mata Sarawak
RHB Research Institute Sdn Bhd (RHBRI) mengekalkan saranan 'beli'nya ke atas Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) kerana kumpulan itu menguasai industri simen yang pantas berkembang di Sarawak manakala bahagian-bahagian terasnya yang lain bakal berkembang seiringan kemajuan negeri itu.
CMS disenaraikan sebagai antara lima syarikat bermodal kecil terunggul Malaysia oleh RHBRI dalam buku Syarikat Bermodal Kecil Terunggul Malaysia 2013nya.
Menurut buku itu, permintaan bagi simen di Sarawak telah membolehkan kepakaran tempatan CMS mengedarkan bahan nilai rendah dan menggunakan banyak ruang pada harga berpatutan dalam negeri Sarawak.
Justeru itu, ia juga memperkukuh monopoli strategiknya ke atas pasaran simen negeri itu.
"Kilangnya yang telah dinaikkan taraf telah beroperasi dengan lancarnya sejak Mac 2013.
"Kumpulan ini bergerak lancar untuk kembali mencatatkan keuntungan selepas mengalami kerugian berjumlah RM29 juta dalam tahun kewangan (TK) 2012 disebabkan oleh penutupan kilang bagi tempoh yang panjang. Kami menjangka kecekapan kilang itu meningkat dan pengeluarannya bertambah mulai TK 2014," kata RHBRI.
Institut penyelidikan itu menjangkakan permintaan bagi bahan-bahan berkaitan pembinaan terus kukuh, memandangkan rancangan kerajaan berhubung pembangunan prasarana negeri itu untuk menyokong Koridor Tenaga Boleh Baharu Sarawak (Score).
Ia juga berkata CMS membekalkan kira-kira separuh daripada keperluan konkrit asfalt (pracampur) dan emulsi bitumen berkualiti Sarawak.
Selain itu, syarikat itu mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam Score melalui pemilikan 51 peratusnya dalam Samalaju Property Development, yang projek pertamanya ialah pembangunan sebuah kem pekerja sementara bertaraf antarabangsa di Taman Perindustrian Samalaju.
Mengenai dividen, katanya, keupayaan kukuh CMS untuk menjana tunai membolehkannya memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya melalui komitmen pembayaran 30 peratus.
Topic Berkaitan
#Cahya Mata Sarawak Bhd
#RHB Research Institute Sdn Bhd
#RHBRI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan