awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
26/11/2021
02:56 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2325/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2295/2300 ketika ditutup pada Khamis. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengalami penyusutan untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, memandangkan mata wang negara maju itu meningkat kukuh dengan didorong oleh data Tuntutan Pengangguran Awal.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2325/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2295/2300 ketika ditutup pada Khamis.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata penganalisis mengunjurkan kadar faedah AS meningkat sebanyak 0.75 peratus pada 2022 dan pasaran sudah mula menjangkakan pelaksanaannya.
Beliau berkata di peringkat domestik, data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mungkin memberi petunjuk hala tuju untuk mata wang tempatan berbanding dolar AS.
"Sekiranya data itu lebih rendah berbanding jangkaan, ia boleh mendorong pemecutan dalam pergerakan dolar AS berbanding ringgit, yang dijangkakan mencecah paras RM4.2400," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan dagangan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.6330/6384 daripada 5.6392/6399 ketika ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0921/0953 daripada 3.0933/094.
Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding yen kepada 3.6820/6858 daripada 3.6667/6674 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7467/7512 daripada 4.7463/7469.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#ActivTrades
#Dyogenes Rodrigues Diniz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan