awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/10/2022
03:50 MYT
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6355/6400 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini seiring dengan sentimen risiko positif menjelang pengumuman Bajet 2023 pada Jumaat ini.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6355/6400 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa 4.6420/6450.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama ringgit sepatutnya melantun semula pada sesi awal berikutan kelemahan dolar AS ekoran kebimbangan fiskal.
Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur kini menunggu pengeluaran data Pekerjaan Bukan Ladang ADP Amerika Syarikat (AS), yang akan memberikan lebih banyak hala tuju mengenai kesihatan ekonomi AS.
Bagaimanapun, beliau menambah prestasi dolar AS mungkin dipengaruhi oleh data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Kesatuan Eropah yang telah mencapai rekod tertinggi baharu iaitu 43.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2022 berbanding 38 peratus pada Julai 2022.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain 5.3039/3091 daripada 5.2752/2786 pada penutup Selasa dan turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2555/2591 daripada 3.2462/2487 semalam.
Ringgit turut lemah berbanding yen Jepun pada 3.2222/2256 daripada penutupan semalam pada 3.2067/2090 dan rendah berbanding euro kepada 4.6248/6293 daripada 4.5863/5893 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Bajet 2023
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan