awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup 0.44 peratus lebih tinggi berbanding dolar, ini puncanya kata penganalisis

Bernama
Bernama
10/01/2019
10:49 MYT
Ringgit ditutup 0.44 peratus lebih tinggi berbanding dolar, ini puncanya kata penganalisis
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain. - Gambar fail
Ringgit ditutup 0.44 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, selari prestasi mata wang Asia yang juga mengukuh, dengan penyusutan dolar berpunca daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menangguhkan kitaran pengawalan kadarnya pada 2019.
Pada 6 petang, mata wang tempatan didagangkan pada 4.0950/1000 berbanding dolar daripada 4.1130/1160 pada penutupan semalam.
Ketua pedagang OANDA bagi Asia Pasifik Stephen Innes berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang memihak kepada kadar faedah rendah turut mendorong penyusutan dolar US, sekali gus memihak kepada mata wang tempatan.
"Kami melihat sokongan utama bagi ringgit pada 4.10, namun jika harga minyak dunia terus meningkat, dagangan ringgit akan lebih tinggi kepada 4.05 kepada dolar AS," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0286/0334 daripada 3.0310/0336 semalam, dan tinggi berbanding pound British kepada 5.2256/2337 daripada 5.2445/2504.
Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7882/7931 daripada 3.7755/7796 dan rendah berbanding euro kepada 4.7191/7253 daripada 4.7135/7178.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Asia
#harga minyak
#Jepun
#minyak
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan