awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US

Bernama
Bernama
15/11/2024
12:17 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, unit tempatan melonjak sebanyak 125 mata asas kepada 4.4715/4780 berbanding dolar US berbanding 4.4840/4870 pada penutupan semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini walaupun dolar US mengukuh dirangsang oleh jangkaan bahawa penurunan kadar faedah AS akan berlaku lama lagi, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, unit tempatan melonjak sebanyak 125 mata asas kepada 4.4715/4780 berbanding dolar US berbanding 4.4840/4870 pada penutupan semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata menyatakan bahawa ringgit naik semula hari ini selepas mengalami kerugian minggu ini.
"Pasaran mungkin tidak mungkin tidak selesa dengan komen terbaharu pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell malam tadi bahawa bank pusat mungkin tidak melonggarkan dasar monetarinya secara tergesa-gesa," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan bahawa dalam ucapannya kepada pemimpin perniagaan di Dallas, AS pada hari Khamis, Powell berkata pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh akan memberi penggubal dasar masa yang lebih lama (tidak tergesa-gesa) untuk menetapkan tarikh menurunkan kadar faedah.
Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia menokok berbanding pound Britain kepada 5.6573/6656 daripada 5.6750/6787 ketika ditutup pada Khamis bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.7224/7292 daripada 4.7172/7203 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8774/8818 from 2.8720/8741.
Unit tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.63/7.63 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 281.6/282.2 daripada 282.6/282.9 ketika ditutup pada Khamis manakala ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8307/8541 daripada 12.7706/7838 pada penutupan semalam dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3330/3381 daripada 3.3284/3309 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#rizab persekutuan
#mata wang
#ahli ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan