awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Konflik Asia Barat: Iran setuju laksana gencatan senjata, buka Selat Hormuz jika serangan dihentikan
MPS puji langkah kerajaan perkukuh keterjaminan ubat
[TERKINI] Konflik Asia Barat: Trump setuju gantung serangan ke atas Iran selama dua minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit susut 4.3630 berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
09/11/2015
02:44 MYT
Ringgit susut 4.3630 berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen lemah seiring jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan. - Gambar Hiasan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen lemah seiring jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan. Sepuluh minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.3630/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3070/3160 pada penutupan Jumaat lalu.
Seorang wakil peniaga berkata, minat belian terhadap mata wang tempatan juga terjejas berikutan kebimbangan rizab negara yang semakin menyusut. Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab antarabangsanya pada AS$94.0 bilion pada 30 Oktober lalu daripada AS$94.1 bilion pada 15 Oktober.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama lain. Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0684/0753 daripada 3.0579/0647 minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 3.5377/5448 daripada 3.5326/5409. Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 6.5685/5817 daripada 6.5337/5482 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6846/6934 daripada 4.6821/6924.
Topic Berkaitan
#bursa
#dolar
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan