awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus catat momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
21/10/2024
02:00 MYT
Ringgit terus catat momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8.11 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2960/3095 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, meneruskan momentum positif minggu lepas, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
Pada 8.11 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2960/3095 berbanding dolar AS daripada 4.3045/3075 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan China dilihat lebih terbuka untuk memberikan rangsangan monetari tambahan bagi menyokong pertumbuhan, mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit, dijangka kekal positif sepanjang hari.
"Selain itu, peserta pasaran masih meneliti pengumuman Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Jumaat lepas apabila pengukuhan fiskal dijangka berterusan dengan defisit fiskal berkemungkinan berkurangan kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025 daripada anggaran 4.3 peratus tahun ini.
"Dengan komitmen terhadap pengukuhan fiskal, langkah itu akan menyokong ringgit berikutan belanjawan tersebut boleh dianggap sebagai positif dari segi kredit," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding euro kepada 4.6680/6827 daripada 4.6674/6706 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8759/8851 daripada 2.8708/8730.
Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.6046/6222 daripada 5.6109/6148 sebelum ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9792/13.0363 daripada 12.9579/9916 pada Jumaat lepas.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2897 daripada 3.2791/2817 pada Jumaat lepas, bagaimanapun ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.50 daripada 7.48/7.49 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/278.5 daripada 278.0/278.3 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan