awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
27/09/2024
12:42 MYT
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata prestasi ringgit terus mengukuh sejak kebelakangan ini angtara lain berikutan perkembangan baik ekonomi negara, dan peningkatan pelaburan masuk ke negara ini. - Bernama
SEPANG: Ringgit diunjurkan terus mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
"Apa yang kita pelajari kali ini, sekiranya ada usaha sama antara kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan Bank Negara Malaysia, kita boleh menstabilkan ringgit dalam apa-apa keadaan.
"Selagi Malaysia lebih kuat dari segi ekonomi, ringgit akan lebih mengukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 40 unit mesin pengimbas bagasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata prestasi ringgit terus mengukuh sejak kebelakangan ini berikutan perkembangan baik ekonomi negara, peningkatan pelaburan masuk ke negara ini dan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.
"Ringgit masih mengukuh dan sedang mencari nilai imbang yang sepatutnya," katanya sambil memaklumkan mata wang itu turut mengukuh berbanding mata wang utama lain di rantau ini.
Ringgit hari ini ditutup kepada 4.12 berbanding dolar AS sekali gus muncul antara mata wang berprestasi terbaik di peringkat dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ekonomi
#pertumbuhan
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan