awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Bernama
Bernama
09/12/2024
02:15 MYT
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar AS meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi November dikeluarkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar AS meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi November dikeluarkan.
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Data pasaran tenaga kerja AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas menunjukkan NFP naik 227,000 pada November, jauh melebihi anggaran pasaran sebanyak 200,000. Bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada November daripada 4.1 peratus selaras dengan jangkaan.
Walaupun sedemikian, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini kekal kukuh.
Bagaimanapun, katanya, ringgit mungkin terus berhati-hati berikutan permintaan terhadap dolar AS yang dijangka terus menyokong.
“Perkembangan terkini di Syria turut menunjukkan situasi geopolitik kekal tidak menentu,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6237/6397 daripada 5.6352/6416, naik berbanding euro kepada 4.6596/6728 daripada 4.6719/6771, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9430/9516 daripada 2.9329/9364 pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2887/2985 daripada 3.2963/3002 pada Jumaat lepas, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.4 daripada 278.7/279.2, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9501/9998 daripada 12.9576/9784 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.66 daripada 7.65/7.66. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#gaji bukan ladang
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan